Membezakan daripada pangkat taksonomi yang lain Ras (biologi)

Jika perbezaan ras itu adalah ketara atau jika mereka telah dikaji dan mendapati terdapat sedikit perkaitan dari segi genetik tanpa mengira fenotip, dua atau lebih kumpulan/kaum boleh dikenal pasti sebagai subspesies (dalam botani, mikologi dan fikologi), dan diberi nama yang tersendiri. Ernst Mayr, seorang pakar biologi telah menulis bahawa subspesies boleh menjadi " geographic race yang cukup berbeza dari segi taksonomi untuk layak diberi nama yang berasingan." [21] [22]

Kajian populasi yang tertumpu kepada pelabelan haiwan biologi mengikut pembezaan ras kadangkala boleh membawa kepada pengkelasan spesies yang baharu. Sebagai contoh, pada tahun 2008, sebuah kajian yang mengkaji populasi wereng coklat ( Nilaparvata lugens ) di Filipina, telah mendapati terdapat dua ras. Salah satu ras dapat menyesuaikan diri dengan memakan padi, manakala satu lagi memakan rumput Leersia hexandra. Pembezaan kedua-dua jenis populasi ini telah diklasifikasikan semula daripada sebuah ras kepada "dua spesies simpatrik yang berbeza, tetapi sangat bersekutu rapat. ". Perkara ini telah dibuktikan apabila kadar kelangsungan hidup untuk kedua-dua jenis ras adalah lemah apabila diberi sumber makanan yang bertentangan, memberi halangan kepada penghibridan antara populasi, keutamaan seragam untuk mengawan antara ahli populasi yang sama, perbezaan bunyi mengawan, varians oviposisi dan ciri-ciri lain yang boleh dibezakan. [15]

Untuk bakteria patogen yang telah mengadaptasi pada suatu perumah tertentu, ras boleh secara rasmi dinamakan sebagai pathovars. Bagi organisma parasit yang terkandung dalam Kod Tatanama Antarabangsa untuk alga, kulat dan tumbuhan, istilah forma specialis (plural formae speciales) digunakan.